Pengumuman penyingkiran dibuat oleh hos, Sarimah Ibrahim dalam Debaran AF yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, dan turut dipancarkan melalui Astro Ria (Saluran 104).
Shah atau nama sebenarnya, Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein, 26, berasal dari Klang menerima undian terendah berbanding 11 pelajar lain sekali gus memecah tradisi AF sebelum ini yang melihat pelajar wanita menjadi pelajar pertama tersingkir.
Sarimah pada awal rancangan turut mengumumkan dua lagi pelajar yang menrima undian terendah di atas Shah iaitu Alif dan Maulana. Kedudukan ini tidak banyak berbeza dengan kedudukan undian pada awal konsert semalam di mana Shah turut diumumkan sebagai pelajar di kedudukan terbawah undian.
Dengan penyingkiran itu, kini 11 pelajar lain akan meneruskan perjuangan pada minggu depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan