Geng Aku

Ahad, 29 November 2009

Putri Mardiana Makan Telur Hangit Yang Digaul Bersama Ulat Dalam Filem 'Santau'



FILEM ‘Santau’ terbitan MIG Production Sendirian Berhad akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 10 Disember 2009.

Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Esma Daniel, Putri Mardiana, Farisya Fatin Faisal, Riezman Khuzaimi, Zul Handy Black, Lisdawaty, Bob Lokman, Mariani, Hafidzuddin Fadzil, Ku Faridah dan Along Ezyandi.

Secara ringkasnya, filem ‘Santau’ mengisahkan sepasang suami Halim (Esma Daniel) dan isteri Nina (Putri Mardiana) hidup dalam suasana selesa di perkampungan Melayu moden.

Halim dicemburui kerana sentiasa berjaya dalam kerjaya serta suasana rumahtangganya yang harmoni.

Kerana itu, dia didengki oleh jirannya Usin(Riezman Khuzaimi) dan dalam diam dia menyantau Halim serta keluarganya.

http://1.bp.blogspot.com/_88jhNnobju8/SiXW3PdlADI/AAAAAAAACvc/cEbdFtwukrc/s400/Santau+NEW_s.jpg

Sementara itu, tayangan previunya yang diadakan pada hari Khamis lalu memperlihatkan filem itu memang seram dan lakonkan Putri Mardiana sebagai Nina dalam filem tersebut amat menyerlah.

Menurut ibu kepada tiga orang anak ini, beliau banyak mendapat tunjuk ajar daripada pengarah filem tersebut, Azhari Zain.

“Azhari banyak membimbing saya untuk menjiwai karaktor Nina. Saya mengikuti segala teguran yang diberikan dan itu juga merupakan salah satu faktor kenapa saya dapat membawa watak itu dengan baik,” jelas Mardiana dalam satu temu bual selepas tayangan previu media filem ‘Santau.’



Tambah pemenang rancangan “Road to Hollywood” ini, beliau pertama kali bertemu dengan David Teo, yang juga merupakan penerbit filem ‘Santau’ semasa pertandingan itu.

“Selepas memenangi pertandingan rancangan realiti itu, saya ditawarkan untuk berlakon dalam filem ini. Malah hanya selepas tamat penggambaran filem ini, baru saya menyertai pertandingan tersebut di California,” tambah Mardiana.

Apabila ditanya apakah babak paling sukar untuk dilakukan, Mardiana menjawab adegan yang memerlukannya makan ulat digaul bersama telur hangit.

“Saya terpaksa melakonkan babak itu sebanyak tiga kali kerana tidak tahan dengan bau telur hangit.

“Rasa seperti nak muntah apabila terbau telur hangit, sebab itulah saya terpaksa melakonkannya sebanyak tiga kali. Malah saya tak kisah untuk makan ulat sekali lagi dalam filem saya yang seterusnya,” akres itu bergurau senda.

Bercakap mengenai soal bayaran, Mardiana akui bayaran yang diterima untuk filem itu memang tidak setimpal dengan apa terpaksa dilakukan olehnya semasa berlakon dalam filem ‘Santau.’

“Tetapi apa yang penting adalah pengalaman saya timba melalui watak itu.

“Soal bayaran saya tak pentingkan sangat memandangkan saya masih baru lagi dalam industri seni ini dan menghargai peluang yang diberikan,” kata pelakon yang baru bercerai tiga bulan lalu.

Mardiana bercerai dengan Shahnaz Norwawi, 32 dan mempunyai tiga orang anak dengannya iaitu Alia Wirdani, 6, Amir Firman, 4, dan , Airell Zuhair, 3, yang kini berada bawah jagaan bekas suaminya.

Sementara itu, apa yang menarik dengan cerita ini adalah cara pengarah menekankan elemen kejutan supaya filem ini tidak membosankan.

Sepanjang menonton filem ini selama satu setengah jam, ceritanya memang menarik dan dapat filem ini memang menonjol dari filem-filem seram tempatan yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails