Parti Progresif Penduduk (PPP) akan menyerahkan notis kepada Senator Datuk T. Murugiah esok untuk memintanya mengosongkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri dalam masa 14 hari, kata Presidennya Datuk M. Kayveas.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis PPP di sini hari ini, Kayveas berkata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu patut meletakkan jawatan kerana beliau memperoleh jawatan itu semasa beliau masih menjadi anggota parti itu.
Murugiah dipecat daripada parti pada 16 Mei tahun ini.
Kayveas juga berkata parti itu akan menganjurkan pertandingan mencipta logo baru PPP yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
Pemenang bagi tempat pertama, dua dan tiga, masingmasing akan menerima RM5,000, RM3,000 dan RM1,000 manakala RM500 akan diberikan kepada tiga pemenang sagu hati.
Butiran mengenai pertandingan itu boleh didapati di www.ppp.org.my bermula 7 Disember.
BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan