Geng Aku

Ahad, 29 November 2009

Nizar V'8! Wujud konspirasi jatuhkan Nik Aziz.



Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sedar konspirasi pihak tertentu, yang didalangi 'Kolonel Mat' untuk menjatuhkan beliau sudah lama dan berterusan.

“Usaha ini bukan baru, usaha ini selama-lama. Kita parti ni seperti orang berniaga, kalau kita pergi ke kedai A dia nak jatuh kedai B, pergi kedai B dia nak jatuh kedai A.

“Begitu juga parti politik, saya bawa parti Islam. Kita ada Ibrahim Libya, kena bunuh. Kita ada 13 Mei Tok Guru di Kelantan ini kena 'bubuh' dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman beliau di Pulau Melaka, semalam.

Ditanya siapa dalang di sebalik konspirasi tersebut, beliau berkata: “Ini cerita lama. Saya sebut nama (Kolonel Mat) semalam fasal ini barang sah dan sahih."

Mursyidul Am Pas itu menyifatkan dalang itu sebagai salah seorang yang khianat kepada Kelantan.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar mengenai dakwaannya mengenai konspirasi untuk menjatuhkannya itu ketika berucap pada Majlis Penghayatan Hari Wukuf di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, kelmarin.

Sebelum ini, timbul pelbagai polemik dalam Pas Kelantan, bermula dengan isu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), diikuti dengan dakwaan Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri, Datuk Husam Musa bahawa wujud konspirasi untuk menjatuhkannya dengan melaga-lagakan beliau dengan Nik Abdul Aziz.

Beberapa hari kemudian, Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah meminta Nik Abdul Aziz menamakan bakal penggantinya supaya tidak timbul kekalutan dalam Kerajaan Negeri. 



Anak Nik Abdul Aziz, Nik Abduh, yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat, kemudian meminta supaya tidak ada pihak yang menyekat bapanya daripada meletak jawatan.

Kenyataan Nik Abduh itu dilihat sebagai menyerang balas pihak tertentu yang dikatakan sengaja menggunakan media arus perdana untuk mendapat pengiktirafan dari Nik Abdul Aziz bagi meraih sokongan dari ahli Pas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails