Geng Aku

Isnin, 23 November 2009

Nizar V'8! Ahli Diminta Fokus Perkasa Parti, Tarik Sokongan Rakyat

Ahli PAS diminta memberi fokus untuk memperkasa parti dan jangan mudah melatah dengan mainan politik parti lawan yang mahu melihat PAS berpecah.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasarudin Mat Isa berkata, kemasukan 3 ribu ahli baru dalam masa beberapa hari lalu bukti PAS masih terus diberi kepercayaan oleh rakyat sekaligus membuktikan serangan demi serangan oleh pihak lawan gagal.

"PAS menerima 3,000 orang ahli baru dan ini membuktikan PAS tetap kuat dan apa yang dikatakan PAS kini menghadapi masalah dalaman yang serius tidak benar.

"Jika perbezaan pendapat itu memang ada tapi tidak sampai berpecah belah atau berpuak-puak, " tegasnya dalam program 'Talimat Isu Semasa' di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor semalam.



Baginya, Umno dan BN sengaja melebelkan sesuatu termasuk mencipta puak dalaman PAS semata-mata untuk tujuan meruntuhkan semangat ahli atau kepercayaan terhadap kepimpinan termasuk Presiden, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Senario itu tambahnya, kerana Umno dan BN terdesak ekoran kemunduran sokongan sejak penghujung tahun 1999.

Walaupun mereka dikatakan sedang membina emej semula tetapi ia akan memakan masa kerana kejatuhan BN berpunca daripada amalan kezaliman dan keegoan kepimpinan mereka sendiri.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sedang membina imej mereka semula maka PAS dan Pakatan Rakyat harus mempertajamkan perancangan bagaimana untuk membentuk satu pakatan yang utuh untuk berhadapan dengan pilihanraya umum ke 13 nanti, " katanya dalam program anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang itu.



Sebab itu, berbagai isu yang berlaku melibatkan PAS dan parti gabunganya kena berwaspada dengan taktik buruk tersebut memandangkan media arus perdana turut membantu menaikan emej BN sekaligus mengimpikan keruntuhan Pakatan Rakyat sebelum menjelang pilihanraya umum depan.

Kata Ustaz Nasarudin seterusnya, PAS di semua peringkat wajar mengimbangkan kembali tujuan dan matlamat perjuangan antara politik, kebajikan dan tarbiyah keahlian.

Ini kerana, tanpa jalinan ketiga-tiganya, PAS akan rugi dan dibimbangi berlaku penurunan sokongan.

Hadir dalam program tertutup itu ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Rosidi Husin dan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN), Ustaz Khalid Man.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails