Geng Aku

Isnin, 23 November 2009

Filem Jalang buka mata Umum.


Yasmin Khanif


Yasmin Khanif tidak sangka filem pertamanya mampu tarik perhatian juri Festival Filem Malaysia ke-22 awal Ogos lalu

KETIKA senarai Pelakon Harapan Wanita Festival Filem Malaysia ke-22 diumumkan tidak lama dulu, nama Yasmin Khanif turut dicalonkan sekali. Saat itu, tidak ramai yang mengenali siapa pelakon wanita ini.

Begitupun, pencalonan ke peringkat top 5 sudah tentu satu bonus buat Yasmin. Apatah lagi pada waktu itu, filem sulung lakonannya, Jalang, belum pun ditayangkan kepada umum. Paling tidak, pemilihannya ke peringkat akhir dikira promosi awal buat filem terbitan De'Baron Sdn Bhd itu, yang hanya menemui penonton mulai 26 November ini.

Yasmin bagaimanapun gagal menjulang trofi berkenaan, yang jatuh ke tangan Jaclyn Victor, hasil kemunculan pertamanya di layar lebar menerusi filem Talentime. Tiga lagi calon akhir lain ialah Heliza Helmi (Syurga Cinta), Zalina (Jin Hutan) dan Yuhana Yahya (Histeria).

"Untuk menang, rasanya memang jauh sekali daripada jangkauan. Namun, pencalonan ke peringkat akhir itu saja sudah cukup bermakna buat aktres yang baru hendak membuka langkah seperti saya. Saya benar-benar bersyukur dengan pencalonan berkenaan. Sampai sekarang saya masih tidak percaya, lakonan pertama sedikit sebanyak membuka mata juri festival," katanya ketika berkunjung ke Balai Berita, baru-baru ini.

Kejayaannya ke peringkat top 5 kategori terbabit turut memberikan semangat lebih membara buat pelakon berusia 21 tahun ini untuk terus menyerlah menerusi lakonan seterusnya.


"Jika sebelum ini saya langsung tidak terfikir soal anugerah atau pencalonan, namun kini ia bagai memberikan harapan yang lebih bersinar. Ia membuatkan saya ingin belajar lebih mendalam lagi mengenai dunia lakonan, demi mempertingkatkan keupayaan. Jika ada rezeki, saya juga ingin sekali lagi berada dalam senarai top 5, pada festival tahun depan," katanya disulam senyuman.

Peluang itu tidak mustahil digenggam aktres bermata cerah ini apabila dia sudah pun dirisik untuk membintangi beberapa judul lain selepas Jalang. Antaranya, dia akan muncul dalam filem Insaf, diikuti Blues Untuk Aku yang bakal diarahkan pelakon Hairie Othman. Filem kedua itu sekali lagi diterbitkan De’Baron.

Bermula sebagai pelakon iklan, terutama untuk siaran Timur Tengah, anak jati Kuala Lumpur ini mengaku dia sudah mula berasakan keseronokan berlakon filem selepas membintangi Jalang, yang menggandingkan dirinya dengan ramai pelakon lelaki termasuk Hairie, Helmi Husaini, Ridzuan Hashim, Kuswadinata dan Yank Kassim.

Turut menjayakan filem yang dirakam sepenuhnya di Pulau Langkawi itu ialah Maria Farida, Norlia Ghani, Roslan Salleh, Faizal Hussein dan Amy Lateef.

http://4.bp.blogspot.com/_pWU65Q7B5vQ/SuVi-QCPYWI/AAAAAAAABLg/U0G9JQquKzs/s400/filemgambar.php.jpg "Walaupun penggambaran iklan memakan masa yang singkat, tetapi kepuasan sebenar dicapai sewaktu berlakon filem. Apatah lagi apabila saya diberikan watak Maria, wanita jalang yang ingin kembali ke pangkal jalan. Biarpun belum mampu memberikan persembahan terbaik, tetapi kepuasan dapat dirasa apabila melihat hasilnya. Di filem, kita perlu mempunyai rasa dan mesti menunjukkan emosi. Ia tidak dapat dilakukan di iklan TV," kata wanita cantik ini.

Menerima watak perempuan jalang sememangnya bukan calang-calang cabaran buat Yasmin. Namun, keluarganya sendiri memberikan galakan apabila mengetahui, cerita yang dipaparkan mempunyai pesanan positif yang bukan sedikit untuk penonton filem ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails