Geng Aku

Khamis, 19 November 2009

Nizar V'8! PM Mahu Temui Pepimpin Mca


Perdana Menteri yang sebelum ini berulang kali enggan campur tangan dalam krisis MCA melainkan dijemput, hari ini menegaskan beliau akan menemui pemimpin-pemimpin parti itu bagi menyelesaikan kemelut semasa.

Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyifatkan krisis MCA semakin "teruk" dan "serius".

Najib berkata, beliau akan menemui pemimpin MCA secara individu sebelum Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang dijadual 28 November ini.

EGM itu cuba diaturkan oleh kumpulan yang tidak memihak kepada pelan damai yang dibentangkan oleh Presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat bulan lalu.
"Saya akan cari masa untuk menemui mereka secara berasingan," kata beliau selepas merasmikan Perhimpunan Agung Jawatankuasa Paralimpik 2009 di sini pagi tadi.

Ditanya bagaimana beliau hendak menyelesaikan krisis itu, Najib berkata: "Serahkan kepada perkara itu."

Presiden Umno itu menambah akan mengeluarkan kenyataan apabila beliau bersedia untuk berbuat demikian.




Kata beliau, berbanding dengan Umno yang stabil sekarang krisis MCA tidak membawa keyakinan, malah menjejaskan usaha BN untuk memulihkan perikatan itu dan memulihkan imejnya di kalangan rakyat.

"Ia akan menjejaskan usaha-usaha kami untuk memulihkan kedudukan BN di kaca mata orang ramai," katanya.




Najib memberikan ulasan ini sehari selepas MCA berhadapan dengan perkembangan terbaru semalam yang dilihat sebagai mengeruhkan lagi pelan damai.

Semalam, Ong mengumumkan bahawa mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat parti itu menolak EGM yang akan diadakan pada 28 November ini serta mengumumkan pelantikan baru anggota Majlis Presiden yang menyaksikan Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun, yang merupakan penyokong setia kepada Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai digugurkan daripada menganggotai majlis itu.



Malah semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata MCA mungkin memerlukan lebih masa untuk tempoh bertenang dalam menyelesaikan krisis dalaman parti itu.

Selain berharap pemimpin parti itu dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan lebih berhati-hati supaya keadaan tidak menjadi lebih kusut.

Malah MCA perlu mencari orang tengah dalam menyelesaikan masalah parti itu jika "pihak dalam parti tidak dapat persetujuan."

Ini adalah perkara biasa, malah "dalam persidangan dunia, kita kena cari orang tengah untuk selesaikan," kata Muhyiddin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails