Geng Aku

Jumaat, 26 Mac 2010

Langgani Spa Qistina Di Tayangan Hebat!





Drama bersiri 13 episod terbitan Global Station Sdn Bhd yang diterajui Nanu Baharuddin sebagai Qistina menggantikan pelakon asalnya, Norish Karman ini bakal menjengah penonton menerusi Box Office Tayangan Hebat di Saluran 952 & 953.

Hanya dengan langganan sebanyak  RM9.95, Spa Qistina akan memulakan tayangan perdananya  menerusi episod 1 dan 2 pada 5 April 2010, episod 3 dan 4 (6 April), episod 5 dan  6 (7 April), episod 7 dan 8 (8 April), episod 9 & 10 (9 April) dan episod 11, 12, & 13 (14 April).

Diikuti dengan siaran ulangannya pada setiap hari bermula pada 6 April hinggalah berakhir pada 30 April nanti. 



Apa yang menarik langganan sebanyak RM9.95 ini akan turut disertai dengan pakej barisan filem lain yang akan turut ditayangkan sepanjang bulan April menerusi Box Office Tayangan Hebat.

Pakej barisan filem yang ditayangkan itu adalah filem My Spy, Paa, Tum Mile, Blood: The Last Vampire, Detention, London Dreams, Dance Subaru! serta Konsert Hujan sebagai bonus.

Spa Qistina bermula dengan musim pertama dan kedua Spa Q menerusi saluran TV3 dan kemudian ditayangkan di Box Office Tayangan Hebat pada musim yang ketiga ini.

Pada musim yag ketiga ini, lebih banyak lagi kemelut yang akan tercetus dalam keluarga Qiestina. Bermula dengan kisah perkahwinan Dafi dan Maya yang berasaskan cinta dan bahagia sehinggakah ke saat perkahwinan Qistina yang sudah memasuki 2 tahun bersama Fahmi.

Perkahwinan Qistina mula berhadapan tekanan disebabkan jurang usia 15 tahun antara mereka berdua. Begitu juga dengan pasangan Marlia dan Zafrul yang tidak bahagia kerana tiada kepercayaan.

Antara lain yang membintangi Spa Qistina ialah Azizah Mahzan sebagai Marlia, Adiputra (Fahmi), Fasha Sandha (Frieda), Tizz Zaqyah (Maya), Fazreen (Dafi), Riezman Khuzaimi (Dr Zulfadzli), Faradhiya (Julia), Nik Zarith Nellydya (Melissa) dan Jasmin Hamid (Sofiera).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails