Kedudukan undian yang sentiasa berada di kelompok tiga terbawah sejak awal minggu sehingga konsert semalam, nyata merupakan petanda awal buat Ema yang diumumkan sebagai pelajar kedua tersingkir dalam Debaran AF malam tadi.
Ema atau nama sebenarnya Erma Suhaima, 21, berasal dari Ranau, Sabah menerima undian terendah berbanding 10 pelajar dan ini menyebabkan beliau terpaksa mengangkat kaki meninggalkan rakan-rakan serta adiknya sendiri, Adira meneruskan perjuangan dalam Akademi Fantasia musim ke lapan (AF8). Pemergian Ema nyata sukar diterima oleh rakan-rakanya yang lain kerana kelihatan hampir semua gagal mengawal emosi sehingga menitiskan air mata di atas pentas.
Turut menerima undian terendah di atas Ema ialah Ain serta pelajar terbaik pilihan pengetua dalam konsert kedua semalam, Maulana. Kedudukan tersebut sedikit berubah berbanding pada awal rancangan di mana Sarimah mengumumkan bahawa tiga pelajar yang menerima undian terendah sebelumnya adalah Ain, Ema dan Shahir.
Dengan penyingkiran itu, kini hanya tinggal 10 pelajar bakal meneruskan perjuangan pada minggu depan untuk merebut gelaran juara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan