Geng Aku

Rabu, 11 November 2009

Artikel 72 Perlembagaan bukti kukuh Nizar MB Perak


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yakin [Artikel 72] Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah adalah bukti yang kukuh tentang kedudukan Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sebenar dan sah di sisi Undang-Undang kerana penggugurannya telah di buat di luar Dun Perak.

Menurut Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss, Mahkamah Persekutuan yang telah mendengar rayuan Mohammad Nizar pada 5 November lalu dan menunda keputusannya kepada suatu tarikh yag lain, mesti berpandukan kepada Artikel 72 ini kerana hanya keputusan yang dibuat melalui usul dan undian tidak percaya sahaja kepada Menteri Besar di dalam Dun Perak akan melucutkan jawatan tersebut.

Perkara yang mesti ditekankan tegasnya, adalah keputusan yang mesti diluluskan di dalam Dun dan bukannya di luar bidang kuasa Dun itu sendiri.

Beliau yakin, hakim-hakim yang akan diberikan mandat untuk membuat keputusan bagi rakyat Perak seluruhnya akan membuat satu keputusan yang adil demi demokrasi di dalam negara ini terpelihara.


Dr Raja Ahmad Al-Hiss

Keputusan hakim itu nanti, akan menjadi satu catatan sejarah yang dirujuk oleh semua pihak kelak.

Justeru, pinta Raja Ahmad, seluruh rakyat yang cintaikan demokrasi supaya bermunajat kepada Tuhan demi keputusan yang terbaik untuk rakyat negeri ini dan bagi yang beragama Islam, pohon supaya menunaikan solat hajat dan berpuasa sunat untuk sama-sama memastikan keputusan berpihak kepada kebenaran dan keadilan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails