Geng Aku

Ahad, 15 November 2009

Nizar V'8! Satim Enggan Minta Maaf'Pertahankan Kenyataan Yg Dibuatnya.

Bekas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Mohamad Satim Diman tidak risau dengan kata dua Menteri Besar yang mahu merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan jika enggan menarik balik dan memohon maaf atas kenyataannya, Selasa lalu.



Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memberi tempoh sehingga esok kepada Satim untuk menarik kenyataannya dan memohon maaf.

Sebaliknya Satim, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Serdang, mempertahankan segala kenyataan yang beliau buat ketika perbahasan di DUN.

“Mengapa (saya) perlu meminta maaf sebab saya tidak tuduh secara sembarangan. Kalau (Khalid) mahu menafikan apa yang saya cakap, nafikan.

“Saya bercakap dalam DUN sebagai wakil rakyat. Kalau beliau hendak mencadangkan (untuk merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan), itu (tindakan) tidak sesuai, tidak patut,” kata beliau.


Bagaimanapun katanya, adalah hak Khalid jika mahu merujuknya kepada jawatankuasa itu.

“Saya tidak akan buat (menarik balik)... Saya pegang pada kenyataan yang saya buat,” kata beliau lagi sambil menambah, kenyataannya tempoh hari adalah berdasarkan maklumat disiarkan media.

“Beliau (Khalid) kena menghadapi cabaran berkenaan,” katanya.
Ketika sesi perbahasan Selasa lalu, Satim berkata, Khalid tidak layak untuk mengutip hutang Talam Corporation berjumlah RM392 juta  kerana beliau sendiri belum menyelesaikan pinjaman RM66 juta yang perlu dibayar kepada Bank Islam.



 Kes sivil membabitkan Khalid dan Bank Islam kini didengar di mahkamah.

Khalid memberitahu DUN bahawa Satim dari Umno-BN bukan sahaja telah mengelirukan Dewan, malah menghina beliau kerana gagal untuk memaklumkan bahawa beliau kini mengemukakan saman balas ke atas Bank Islam.

Justeru kata Khalid, beliau akan mengemukakan usul merujuk Satim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan jika gagal memenuhi dua tuntutannya itu.

Khalid menambah, Satim boleh mengemukakan permohonan maaf di DUN, tetapi lebih baik memohon maaf secara bertulis.



Kini lima Adun termasuk bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo digantung daripada menghadiri DUN antara enam bulan dan setahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails