Geng Aku

Ahad, 15 November 2009

Nizar V'8! Fokus Pada Pelan Perpaduan, Kata Presiden MCA



Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat meminta anggota parti fokus pada pelaksanaan "pelan perpaduan unggul" dan mengingatkan bahawa tiada anggota parti yang boleh terlepas daripada tindakan disiplin.

Beliau berkata setiap anggota parti tidak harus melakukan serangan peribadi.

"Bagi pemimpin pula, jika mereka mahu menjelaskan perkara tertentu, pastinya mempunyai kebebasan tertentu. Pada peringkat ini, masa untuk saya mengeluarkan amaran kepada semua pihak dalam parti bahawa kita tidak boleh menyerang peribadi individu tertentu," katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis pendaftaran kapal pertama dengan Pejabat Pendaftar Kapal Antarabangsa Malaysia di sini pada hari Sabtu.

"Kita perlu kekal fokus terhadap pelaksanaan pelan perpaduan," katanya.



Mengenai pergeseran antara timbalan presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan naib presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ong berkata: "Sudah tentu, mereka mungkin mempunyai kebebasan untuk memberikan perspektif yang betul bagi isu tertentu, tetapi jangan keterlaluan. Pastinya, tiada siapa akan membenarkan pelanggaran disiplin parti oleh sesiapa pun."

Ong berkata perwakilan dan pemimpin akar umbi boleh menyuarakan pendapat mereka esok pada sesi dialog yang diaturkan oleh Dr Chua di ibu pejabat parti.



"Saya sifatkannya sebagai perjumpaan dalam MCA, bukan hanya perwakilan tetapi juga pemimpin akar umbi. Mereka berhak untuk bertanya soalan dan , saya ingin katakan, ia menyediakan platform yang baik bagi akar umbi untuk menyuarakan kebimbangan dan pandangan mereka," katanya.

Mengenai usaha parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk membantu menyelesaikan krisis MCA, katanya pemimpin parti saling berkomunikasi antara satu sama lain.



"Bukannya tiada komunikasi, dan saya ingin katakan usaha proaktif sedang diusahakan. Tidak dinafikan, pada kebanyakan masa, kami memilih untuk melakukannya secara tertutup.

"Ini bukan bermakna yang kami tidak berbuat apa-apa. Malahan saya dan Dr Chua Soi Lek boleh melupakan perselisihan demi kebaikan parti. Kenapa tidak pihak lain," soalnya.

Katanya beliau akan terus menjalankan tanggungjawabnya seperti diamanahkan disebalik krisis parti.


Di RAWANG, Selangor, Ketua Biro Penerangan dan Komunikasi MCA Senator Heng Seai Kie [gambar] berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempamerkan pendapatnya dengan menyokong pelan perpaduan.

Katanya perdana menteri yang juga pengerusi BN mengambil berat terhadap setiap ahli komponen parti dan keprihatinannya adalah wajar demi kepentingan BN.

"Keprihatinan Perdana Menteri terhadap MCA tidak patut dianggap sebagai campur tangan dalam urusan MCA," kata Heng yang juga Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan ketika ditemui media selepas merasmikan majlis konvokesyen ke-8 Institut Kraf Negara.

Beliau diminta mengulas kenyataan Datuk Tan Kah Choun, jurucakap untuk "kuasa ketiga" dalam MCA, semalam meminta perdana menteri membantu menyelesaikan sengketan MCA.

Heng berharap semua lapisan masyarakat akan menyokong pelan perpaduan parti yang akan dijelaskan kepada anggota akar umbi oleh Dr Chua pada sesi dialog esok.

Di KUALA LUMPUR, ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun [gambar]  berkata beliau tidak akan menghadiri sesi dialog esok.


"Tidak berguna sesuatu pelan perpaduan dirangka sekiranya tiada demokrasi untuk para perwakilan pusat memilih pucuk pimpinan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Warga Emas peringkat kebangsaan.

Chew antara 16 anggota jawatankuasa pusat MCA yang kini membuat persediaan untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa pada 28 Nov dalam cubaan untuk mengadakan semula pemilihan parti.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails