Geng Aku

Isnin, 16 November 2009

Nizar V'8! Presiden Obama Hargai Sumbangan Malaysia-Najib

Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama hari ini menyatakan penghargaan besar negaranya terhadap sumbangan Malaysia selama ini dalam memelihara keamanan dan keselamatan serantau.



Obama menyebut peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam menangani keganasan, sebagai orang tengah dalam menyelesaikan konflik di Selatan Filipina, menjaga keselamatan Selat Melaka dan membanteras penyeludupan manusia ke negara ketiga dalam mesyuarat antara Persatuan Negaranegara Asia Tenggara (Asean) dan AS di ShangriLa Hotel di sini.

Perkara ini dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada persidangan media selepas menghadiri mesyuarat itu yang diadakan sebaik selesai Mesyuarat Pemimpinpemimpin Ekonomi Asia Pasifik (AELM) di Istana.



Najib berkata mesyuarat Asean (AS) itu amat bersejarah kerana inilah kali pertama ia diadakan, dan jelas AS berhasrat hendak mengadakan hubungan yang erat dan mendalam dengan Asean.



Menurutnya, Obama menyatakan beliau berhasrat untuk meningkatkan hubungan dengan Asean melalui pelbagai kerjasama termasuk perdagangan, pelaburan, teknologi, pendidikan, pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris serta meneruskan program 'Peace Corp'.




Menjawab pertanyaan, Najib berkata Myanmar tidak memberikan apa-apa respon ketika soal pembebasan Suu Kyi dibangkitkan oleh Obama, tetapi negara itu menyatakan ia mengalu-alukan dasar berhubungan baik AS.



Ditanya pendirian Obama mengenai perdagangan bebas, Perdana Menteri berkata walaupun jelas presiden AS itu menghadapi tekanan di negaranya supaya melindungi perdagangan AS, nada Obama menunjukkan beliau menolak perlindungan dan kurang lebih menerima perdagangan bebas.

Najib berkata pendekatan Obama mungkin berlainan tetapi prinsip-prinsip perdagangan bebasnya adalah tetap sama dan beliau memang memberi komitmen dalam hal itu.

Selepas persidangan akhbar itu, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengambil kesempatan menziarahi Sultan Kelantan yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Mount Elizabeth sejak beberapa bulan lalu, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur setelah berada di Singapura selama empat hari. -BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails