Geng Aku

Isnin, 16 November 2009

Nizar V'8! Chong Wei Juarai Badminton Terbuka Hong Kong

Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menewaskan pemain Denmark, Peter Gade Christensen dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki di Kejohanan Siri Super Terbuka Hong Kong pada hari Ahad.



Pemain perseorangan utama negara itu bagaimanapun memerlukan masa 58 minit untuk menewaskan Peter Gade dalam perlawanan yang berlangsung tiga set, 21-13, 13-21, 21-16.

Pada perlawanan itu, Chong Wei berjaya mempamerkan penguasaannya apabila memenangi set pertama 21-13 sebelum Peter Gade menggunakan segala pengalaman yang dimilikinya untuk memenangi set kedua dengan jumlah mata yang sama.

Namun kebangkitan Peter Gade yang juga merupakan bekas pemain nombor satu dunia itu berjaya disekat oleh Chong Wei apabila menewaskan pemain pilihan ketiga kejohanan itu dengan keputusan 21-16.



Kemenangan ini membolehkan Chong Wei memenangi dua daripada tiga pertemuan mereka sepanjang tahun ini selain tonik terbaik kepadanya apabila menyertai Siri Super Terbuka China bermula Selasa ini.

Ia juga membolehkan Chong Wei mengesahkan kejuaraannya yang keenam sepanjang tahun ini selepas muncul juara Siri Super Terbuka Malaysia, Switzerland serta Indonesia, selain kejuaraan Grand Prix Emas Terbuka Macau dan Malaysia.

Hanya Chong Wei, menjadi wakil tunggal negara beraksi pada perlawanan akhir setelah pasangan beregu lelaki, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah dan beregu wanita, Chin Eei Hui-Wong Pei Tty tewas pada saingan separuh akhir semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails