Barisan Nasional (BN) diingatkan jangan terlalu optimis akan mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kali ini.
Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Sim Tze Tzin sebagai mengulas dakwaan Umno dan BN akan berjaya meraih sokongan dalam pilihan raya kecil itu pada 25 April ini.
Menurut beliau lagi, BN seharusnya memberi tumpuan terhadap masalah dalaman yang semakin serius dalam komponen partinya sebelum membuat pelbagai dakwaan terhadap PKR dan Pakatan Rakyat (PR).
Beliau yang juga Adun Pantai Jerejak berkata, pemimpin BN sepatutnya memuhasabah diri dan melihat apakah kekurangan yang ada pada mereka.
“Saya yakin sekiranya mereka dapat menilai dan meilihat kembali keburukan dan kejahatan yang mereka lakukan selama memerintah negeri Selangor maupun dalam negara ini, maka sudah semestinya mereka sedar bahawa mereka telah melakukan begitu banyak kezaliman kepada rakyat yang tidak memihak kepada mereka.
"Masalah dalaman yang berlaku dalam parti mereka sengaja mereka tutup supaya ia tidak meletup dan memberi impak yang buruk kepada mereka. Manakala PR sentiasa kukuh dan padu dalam apa jua isu yang mereka timbulkan,” ujarnya.
Bagaimanapun, katanya pemimpin PR sedikit pun tidak melatah dengan isu yang sengaja mereka manipulasikan.
"Namun begitu saya yakin, dalam membuat keputusan dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 25 April ini, PR akan berjaya mengekalkan kemenangan berdasarkan kepada prestasi yang telah dipamerkan oleh kepimpinan kerajaan negeri Selangor dan juga PR dalam menangani masalah rakyat dan memberi khidmat kepada setiap golongan masyarakat," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan