Geng Aku

Sabtu, 27 Mac 2010

ATM Rayu Naik Gaji Anggota.


Angkatan Tentera (ATM) akan turut merayu bagi kenaikan gaji anggota dan pegawainya berikutan penyelarasan gaji anggota polis yang telah diumumkan kerajaan baru-baru ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ATM berhasrat untuk memohon kenaikan yang sama.


"Penyelarasan gaji anggota polis menjadi penanda aras kepada ATM untuk mengkaji penyelarasan bagi anggota serta pegawainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Kerjaya, Pendidikan dan Inovasi ATM di Bandar Tentera Darat di sini hari ini.

Menerusi pengelarasan gaji polis, seramai 98,747 anggota dan pegawai polis akan menikmati skim perkhidmatan baru yang membolehkan mereka mendapat penyelarasan tiga pergerakan gaji tahunan dan kenaikan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Polis.



Ahmad Zahid menjelaskan bahawa Kementerian Pertahanan semasa di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menghantar cadangan bagi kenaikan dan penyelarasan gaji anggota dan pegawai tentera kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.

"Bila waktu yang sesuai, kita akan kemukakan semula kertas cadangan berkenaan dan tentulah bila ekonomi negara sudah pulih dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat, kita boleh memperolehinya," katanya.

Mengenai perkembangan kes kemalangan pesawat Pilatus PC-7 MK 11 milik Tentera Udara Diraja Malaysia yang terhempas di Sintok kelmarin semasa latihan dan mengorbankan juruterbangnya, beliau menafikan andaian bahawa kemalangan berpunca daripada masalah penyelenggaraan pesawat. - BERNAMA

Saya Bahagia Jika Tidak Lagi Dilantik Mursyidul Am Pas - Nik Aziz


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan merasa bahagia jika tidak lagi dilantik sebagai Mursyidul Am Pas.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata bahawa dalam Pas, ramai calon yang layak untuk menggantikannya dan bukan hanya diri beliau sahaja yang layak.

Ia ditambah pula dengan pengakuan beliau sendiri bahawa rekod kehadiran beliau tidak memuaskan untuk menghadiri program di luar Kelantan termasuk menghadiri mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas yang lebih banyak diwakilkan kepada timbalannya Datuk Dr Harun Din.

"Rekod kehadiran saya memang buruk dan mungkin barangkali timbullah ... lebih baik ambil orang yang sihat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas mengenai spekulasi bahawa beliau dijangka tidak akan dikekalkan sebagai Mursyidul Am Pas untuk tempoh lima tahun lagi, yang keputusan mengenainya akan diputuskan Majlis Syura Isnin ini.

Ditanya bagaimana pula sekiranya beliau terus dipilih, beliau berkata "jika dilantik lagi, ambo (saya) terima, tetapi itulah saya payah nak hadir mesyuarat."

Beliau turut menyambut baik saranan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya ditukar prinsip pertama Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan kepada Kepercayaan Kepada Allah.

Nik Aziz berkata perkataan Allah lebih jelas maksudnya.

"Semua agama guna Tuhan dan Allah itulah Tuhan yang sebenar," katanya.


Mengulas mengenai pendedahan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin bahawa Zulkifli ditawarkan ganjaran besar untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, beliau berkata Zulkifli wajar membuat laporan kepada polis dan bukan sekadar membuat pendedahan.

"Kalau saya tahu perkara macam itu, saya akan buat laporan polis dan serah sahaja kepada polis untuk menyiasatnya," katanya. - BERNAMA

Siapa Ketuai MCA Esok?

Siapa di antara tiga calon yang akan dilantik dan diberi kepercayaan oleh perwakilan untuk menerajui MCA melalui zaman paling gawatya?
Bagi peganalisis politik, Ooi Kee Beng beliau yakin bekas presiden, Tan Sri Ong Ka Ting akan berjaya merampas semula jawatannya pada pemilihan parti itu esok.

“Sekurang-kurangnya, dia adalah pemimpin tunggal BN yang meletakkan jawatan selepas perkara yang memalukan pada 8 Mac itu,” kata Ooi dalam wawancara menerusi e-mail dengan Malaysiakini.

8 Mac 2008 yang juga dinamakan 'tsunami politik' menyaksikan BN hilang penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat dan kehilangan lima negeri.

“Apa yang baik bagi MCA ialah menjadi pemimpin berkredibel untuk masyarakat Cina - dengan kata lain berani untuk berdepan dengan Umno,” kata Ooi yang berpangkalan di Singapura.

Malangnya, semua mereka tidak mampu berbuat demikian.

Ka Ting membuat keputusan untuk turun semula ke gelanggang politik dan akan berdepan dengan presiden sekarang, Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas timbalan presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Bagi penganalisis politik, James Wong, pengamatannya mendapati kebanyakan masyarakat Cina lebih gemarkan pemimpin muda.

Jika perkiraan itu diambil, maka ia bererti Ka Ting atau Tee Keat akan dipilih mereka mempunyai usia yang sama berbanding Chua yang lebih tua.

Menurut Wong, Tee Keat bagi sesetengah orang dilihat sebagai pemimpin yang agak individualistic dan egoistic.

Azizulhasni Sekadar Rangkul Perak.


AZIZULHASNI menunjukkan pingat perak yang dimenanginya dalam acara keirin pada Kejohanan Trek Dunia di Copenhagen, Denmark semalam.


BIARPUN gagal dalam misinya melunas- kan dendam terhadap Chris Hoy, pelumba sensasi negara, Mohd. Azizulhasni Awang tetap menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Awal pagi semalam, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu menghadiahkan pingat perak pertama kepada Malaysia dalam acara keirin pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Dunia 2010 di Copenha- gen, Denmark.

Biarpun berjaya melakar sejarah tersendiri dengan kejayaannya itu, Azizul- hasni mengakui, dia masih kecewa kerana gagal membalas dendam ke atas Hoy yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2008.

"Saya sangat kecewa kerana gagal menebus kekalahan kepada Chris," kata Azizulhasni kepada Kosmo! semalam. 

"Pada pecutan terakhir, saya sudah bersedia untuk memintas Hoy tetapi terganggu oleh 'serangan' daripada pelumba Jerman, Levy Maxmillian.

"Oleh kerana gangguan daripada Maxmilian, saya tidak dapat cukup masa untuk memintas Hoy," katanya lagi.

Azizulhasni, 21, turun pada aksi final semalam dengan harapan menebus keka- lahan kepada Hoy selepas dia kecundang kepada musuh tradisinya itu pada saingan suku akhir Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China.

Pada aksi final yang melibatkan lapan pusingan itu, Azizulhasni yang digelar The Pocketrocketman berjaya mengekori rapat Hoy sepanjang lima pusingan awal.

Namun, Hoy mula memecut pada pusi- ngan terakhir untuk meninggalkan Azizulhasni di tempat kedua.

Begitupun, Azizulhasni masih mampu menebus kekecewaannya itu apabila dia sekali lagi berpeluang berentap dengan jaguh sensasi Britain itu dalam acara pecut yang bermula hari ini.

Tengku Abdul Aziz Dilucut Jawatan.


AISERI mengumumkan pelucutan jawatan Tengku Abdul Aziz sebagai YDP MPN di Kota Bharu semalam.


Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra semalam, mengumumkan pelucutan jawatan Tengku Sri Utama Diraja, Tengku Abdul Aziz Mohd. Hamzah sebagai Yang Dipertua Majlis Perajaan Negeri (MPN) berkuat kuasa kelmarin.

Pengisytiharan itu dibacakan oleh Setiausaha MPN, Datuk Mohd. Aiseri Alias dan turut mengumumkan pelantikan Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim sebagai Yang Dipertua MPN yang baru.

"Bagi menjunjung titah perintah Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra bahawa Yang Mulia Tengku Abdul Aziz Mohd. Hamzah (Tengku Sri Utama Raja) dibatalkan pelantikan dan dilepaskan daripada menjadi Yang Dipertua MPN berkuat kuasa 25 Mac 2010.

Hulu Selangor: Komposisi kaum beri kelebihan pada PR.

Komposisi kaum yang agak ‘kacukan’ di kawasan Parlimen Hulu Selangor dengan pengundi Melayu sebanyak 53.9 peratus, Cina (26.7), India (19) dan lain-lain (0.4), memberi kelebihan kepada PKR dan Pakatan Rakyat berbanding Umno dan BN.

Bagi Pengarah Pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat, Fuziah Salleh (gambar), pihaknya masih belum memilih calon walaupun tumpuan umum banyak menjangkakan bahawa Datuk Zaid Ibrahim bakal mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu.

“Keputusan berkenaan calon itu, sekarang ini ada ramai yang cukup berwibawa untuk dicalonkan, bagaimanapun saya akan menyerahkan nama-nama mereka kepada pucuk pimpinan untuk dibuat keputusan terakhir,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Kuantan.

Pun begitu, beliau berkata, PKR tidak mempunyai banyak masalah dalam memilih calon kerana identiti PKR bukanlah berasaskan pada perkauman, bukan seperti Umno/BN.

Maka, kata beliau, Majlis Pimpinan Tertinggi PKR akan membuat ketetapan akhir berhubung persiapan pilihan raya kecil tersebut pada 4 April depan, sebelum dilanjutkan dalam Majlis Mesyuarat Pakatan Rakyat kelak.

Parlimen Hulu Selangor bakal menyaksikan pilihan raya kecil berikutan kematian wakilnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, malam tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat keputusan berhubung perkara itu Jumaat depan.

Dalam pada itu, Fuziah sendiri mengakui bahawa Umno tempatan, khususnya di Hulu Selangor cuba untuk meletakkan calon mereka di kerusi terbabit atas dasar majoriti pengundi adalah Melayu, sedangkan kerusi tersebut sebenarnya adalah kerusi tradisi MIC, Datuk G. Palanivel.

“Sesiapa pun (calon BN) yang diletakkan di situ, ia suatu kelebihan bagi kita, calon PKR sudah pun dilihat mewakili semua kaum,” ujarnya.

Ekoran itu, PKR menurut beliau, tidak perlu menganggap kelemahan BN tersebut sebagai kekuatan pada PKR.

Sebaliknya, beliau berkata, PKR serta Pakatan Rakyat seharusnya bersedia membuat persiapan kempen politik yang lebih rasional dan demokratik, bukannya kempen perkauman seperti Umno BN.

“Apabila kita masuk apa-apa pilihan raya, fokus dan persediaan kempen kita adalah apa yang boleh kita tawarkan kepada rakyat, tidak perlu fokus pada kedudukan orang lain (Umno BN),” jelasnya.

Demi menjayakan kempen tersebut, beliau bercadang untuk mengemukakan pencapaian-pencapaian Pakatan Rakyat sepanjang memerintah negeri Selangor supaya rakyat boleh membuat perhitungan dan perbandingan dengan rekod pemerintahan kerajaan negeri di bawah Umno/BN, sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.

“Itu lebih penting, apa pencapaian Pakatan Rakyat di Selangor, bagaimana rakyat boleh mendapat manfaat dari kerajaan negeri,” katanya.

Menurut beliau, dengan berbuat demikian, rakyat sekaligus dididik dengan politik yang lebih sihat, anti perkauman, anti kronisme serta anti-kezaliman yang selama ini disinonimkan dengan pemimpin tertentu dalam Umno/BN.

Jumaat, 26 Mac 2010

Kelainan Jom Heboh Di Kelantan.


Apabila disebut program Jom Heboh tentunya kita terbayang aksi artis lelaki dan perempuan terlonjat-lonjat di atas pentas.

Namun, lain pula dengan Jom Heboh yang akan diadakan di sini pada 26 dan 27 Mac ini, tiada artis wanita ditampilkan pada konsert yang akan diadakan.

Sebaliknya konsert itu pada malam 27 Mac hanya menampilkan artis lelaki termasuk Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin.

Selain itu, difahamkan tiada siaran langsung dibuat bagi konsert berkenaan seperti dilakukan TV3 di negeri-negeri lain sebelum ini.

Kelainan juga dapat disaksikan apabila tempat duduk di antara lelaki dan wanita diasingkan pada persembahan konsert terbabit.

Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, pihak penganjur telah memberi jaminan akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri.

“Mereka bersetuju untuk mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998 yang dikuatkuasa di negeri ini.

“Datuk Takiyuddin Hassan sebagai anggota Exco yang bertanggungjawab memberi penekanan mengenai perkara itu pada mesyuarat yang diadakan sebelum ini,” katanya.

Karnival Jom Heboh TV3 sebelum ini lebih dikenali sebagai Sure Heboh diadakan di seluruh negara kecuali Kelantan.


Bagaimanapun, TV9 pernah menganjurkan program Sua Rasa dan Perkampungan Hadhari di Kota Bharu sebelum ini tanpa melibatkan percanggahan dengan dasar kerajaan negeri.

Program Jom Heboh akan diadakan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV dengan menampilkan pelbagai pameran dan aktiviti jabatan-jabatan kerajaan negeri dan agensinya.

Nasruddin juga berkata, sebuah khemah besar yang dinamakan sebgai Kota Ilmu disediakan pihak penganjur untuk dijadikan tempat solat dan pameran program Jejak Rasul.

“Dijangka Pemangku Raja akan hadir pada program al Kuliyyah yang akan disiarkan secara langsung pada petang 26 Mac yang bakal diadakan di khemah tersebut.


“Selain itu Menteri Besar dan anggota-anggota Exco dijemput untuk mengisi program Talk Show,” katanya.

Program dua itu bermula dari jam 9 pagi hingga 12 malam.

Beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang akan terbabit dalam pameran dan aktiviti interaktif iaitu Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Urusetia Pembangunan Ihsan, Belia, Sukan dan NGO, Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan.

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Pusat Penerangan Pelancongan.
Sumber : Harakahdaily

UMNO Seperti Ditimpa Bala, Pecah Tembelangnya Menipu Rakyat..!!Menipu .!!


Setelah kemenangan PR dalam PRK DUN Penanti dan kedatangan PRK DUN Manik Urai pula. 

UMNO dilihat serba tidak kena dalam merencanakan strateginya apabila berhadapan dengan Pakatan Rakyat yang sekarang semakin dilihat kukuh mendapat sokongan dan dokongan rakyat. Mereka seolah-olah mendapat balasan Allahswt diatas setiap keangkuhan mereka yang enggan mengakui bahawa mereka sebenarnya sudah ditolak rakyat dalam beberapa Pilihanraya sebelum ini. Jika kita lihat berbagai-bagai alasan yang diberikan oleh UMNO untuk menutup malu mereka setelah mengalami kekalahan dalam setiap pilihanraya. Dalam masa yang sama juga akan berlaku perkara yang sebaliknya seolah-olah menafikan berbagai alasan mereka,yang mana akan memeningkan kepala Pemimpin UMNO sendiri untuk menghadapinya. Mari kita lihat faktanya seperti berikut:

1) PRK Permatang Pauh -->
UMNO mengatakan mereka kalah sebab kawasan itu adalah kubu kuat PKR, Walaupun mereka menyerang dengan pengakuan sumpah seranah Saiful dan Najib sendiri, ternyata ianya tidak dapat menyakinkan rakyat dengan permainan politik UMNO.

Yang berlaku sebaliknya -->
Dalam mereka merendah-rendahkan kemenangan PR di Permatang Pauh, Allah takdirkan PRK di Parlimen Kuala Terengganu pula apabila MP BN Dato'Razali meninggal dunia semasa bermain badminton. Kawasan tersebut adalah tempat kubu UMNO selepas PRU ke-12 lalu.

2)PRK Kuala Terengganu -->UMNO kalah lagi tetapi mereka masih tidak mengakui sokongan rakyat kepada PR, malah mengatakan pula PR tidak mendapat sokongan pengundi kaum cina yang sememangnya mereka adalah kumpulan minoriti di kawasan tersebut. Sedangkan rakyat melihat majoriti kaum Melayu pula yang memberikan sokongan padu kepada PR.

Yang berlaku sebaliknya -->
Krisis di Perak pula yang berlaku sehingga runtuhnya kerajaan PR yang memerintah selama 11 bulan. UMNO mengatakan mereka mendapat sokongan rakyat dan tidak perlu dibubarkan DUN Perak. Mereka tidak mengakui kerajaan BN yang baru ditubuhkan dengan jalan belakang ternyata tidak kukuh. PR mahukan DUN dibubarkan tetapi ditolak UMNO. Dalam masa yang sama PRK Bukit Gantang, Batang Ai dan Bukit Selambau juga terpaksa diadakan kerana kematian MP Bkt Gantang dan kematian Adun Btg Ai serta perletakkan jawatan Adun Bkt Selambau.

3) PRK Bkt Gantang dan Bkt Selambau -->
UMNO masih lagi berjaya mengekalkan kekalahan mereka di kedua-dua kawasan Bukit dan hanya berjaya memenangi balik Batang Ai sahaja, Mereka masih tidak mengakui penolakkan rakyat terhadap mereka, malah menyerang PR dengan berbagai isu yang tidak masuk akal. Contohnya: kes rasuah Bekas KM1 Pulau Pinang yang akhirnya memakan diri mereka sendiri. Setelah disiasat Mohd Fairus yang juga Adun Penanti didapati tidak bersalah oleh SPRM sedangkan beliau telah pun meletak jawatan sebagai KM 1 P.Pinang dan Adun Penanti. Maka terpaksalah PRK DUN Penanti diadakan.

Yang berlaku sebaliknya -->
PRK DUN Penanti setelah Adun nya meletakkan jawatan disebabkan permainan politik UMNO. Kononnya mahu mengenakan PR dalam isu tersebut tetapi akhirnya memakan diri sendiri apabila terpaksa pula mengadakan PRK tersebut.UMNO memgambil keputusan yang menjadi sejarah dalam politik tanahair dengan tidak bertanding dalam PRK tersebut. Masyarakat memang telah nampak ketakutan UMNO terhadap Pilihanraya setelah beberapa kali tewas, tetapi dinafikan oleh Pemimpin UMNO sendiri. Mereka memberikan alasan kerana mahu menumpukkan pada pemulihan ekonomi dan menjimatkan wang rakyat. Malah PRK Penanti dituduh pula sebagai mainan politik PKR. Walhal mereka lah punca sehingga Adun Penanti meletakkan jawatan beliau disebabkan serangan politik UMNO sendiri.

4) PRK Penanti -->PR masih mengungguli PRK dengan kemenangan majoriti undi yang besar, UMNO mengatakan peratusan rendah yang keluar mengundi tidak boleh dijadikan ukuran kekuatan PR, UMNO masih berpengaruh kerana ramainya orang yang tak mahu keluar mengundi. Lawak UMNO inilah yang mengelikan hati kerana berbagai taktik mereka mahu mengurangkan majoriti undi PR akhirnya memakan diri, kerana walaupun peratusan keluar mengundi rendah, majoriti undi PR menjadi besar pula. Walaupun UMNO tidak bertanding kononnya untuk menjimatkan wang rakyat. Tetapi rakyat dapat melihat sendiri betapa merekalah yang gila berkempen untuk calon-calon bebas tajaan mereka sendiri.

Yang berlaku sebaliknya -->UMNO mengelak di malukan dalam Pilihanraya walaupun mereka tidak mengakui hakikat dan berdolak-dalih lagi. Akhirnya takdir Allahswt benar-benar tidak menyebelahi UMNO. Apabila DUN Manik Urai pula kehilangan Adun yang meninggal dunia baru-baru ini. Adakah ini dugaan atau hukuman Allahswt terhadap kebiadapan UMNO selama ini. Akhirnya mereka terpaksa pula mengadaikan prinsip mereka kononnya pilihanraya adalah membazir apabila mereka ingin pula bertanding dalam PRK tersebut. Sedangkan kawasan tersebut adalah juga kawasan pembangkang sama seperti DUN Penanti, malah Manik Urai adalah kawasan hitam bagi UMNO pula selama ini.

5) PRK Manik Urai-->
PR tetap menewaskan UMNO dengan ini lengkaplah DOUBLE HATRIK Umno tewas.. Sokongan rakyat tetap kepada Pakatan Rakyat.. Walaupun menang tipis kerana jumlah pengundi yang hadir adalah sangat kurang dan kerana undang-undang baru SPR bagi menyekat anspirasi rakyat terhadap PR..

Yang berlaku sebaliknya -->
Di Manik Urai Umno menjanjikan pelbagai kepada rakyatnya.. Dengan slogan Manik Urai anak emas, Umno berjaya merampas majority yang di pegang oleh PR.. Jika di lihat rekod sebelum ini di Manik Urai, ia merupakan kubu kuat Umno sebelum ini.. Tapi apabila Thunami politik berlaku ia telah berjaya di rampas oleh PR... Terlalu banyak Janji-janji manis dari kerajaan... Dari sedekah kain pelekat sehinggalah kepada jambatan Emas... Tapi sehinggga kini jambatan ang dijanjikan masih terbengkalai... Di manik Urai juga Zahid menggunakan khidmat askar untuk menjalankan kempen untuk Barisan Nazional

6) PRK Permatang Pasir-->
Di PRK Permatang Pasir Umno di tewakan dengan amat teruk sekali... Umno menggunakan kempen yang tak masuk akal iaitu menggunakan seorang wakil seorang usahawan... Umno menghina penjual-penjual ikan dengan memperleceh calon PAS dimana merupakan seorang peniaga ikan... Namun begitu percaturan Haji Hadi nampaknya lebih tepat daripada calon yang di pilih oleh Najib... PAS menang bergaya dengan majoriti hampir 5 ribu... Masalah tong ikan yang Kerajaan paksa peniaga-peniaga ikan membelinya daripada mereka menjadi anspirasi rakyat Permatang Pasir untuk terus mengundi Pakatan Rakyat.

Yang berlaku sebaliknya -->
Walaupun ekkalahan berturut-turut, Umno masih dengan perangai lamanya iaitu tanpa ada kemaluan mereka mendabik rakyat masih bersama mereka menang kalah di pilihan raya tidak mereka jadikan ukuran terhadap anspirasi rakyat.. Dan atas kekalahan Umno di Permatang Pasir, Umno membalas dendam terhadap peniaga-peniaga ikan dengan memaksa mereka untuk membeli tong ikan yang mahal bagi menggantikan tong lama... Dengan cara ini Umno menggunakan segala helah asalkan tong ikan mereka dapat di jual, dan di beritakan peniaga-peniaga ikan tetap di wajibkan membeli tong ikan itu cuma ia di buat secara berperingkat..

7) PRK Bagan Pinang-->
Kemenangan berpihak kepada BN dengan majoriti bertambah kononya, walaupun calon yang di letakan itu adalah seorang yang bersabit dengan masalah menerima wang ROSWAH... Takpelah dah menangpun... Ia juga merupakan juga kemenangan pertama UMNO dalam siri-siri pilihan raya kecil dalam 2 tahun ini..

Yang berlaku sebaliknya -->
Umno dan Najib tanpa segan silu mendabik dada mereka yang tak bidang tersebut mengatakan bahawa kemenangan mereka kerana UMNO sudah diterima rakyat.. Tapi hakikatnya kemenangan yang dimenangi UMNO penuh dengan tahi... Seorang peROSWAH menjadi ahli DUN kepada rakyat?? Projek-projek MEE SEGERA yang dijanjikan oleh SPRM bahawa akan memantaunya tetap berjalan.. Memutar belit media dengan cerita-cerita dogengan dan juga tidak membenarkan PR berkempen di dalam kem askar tapi Zahid Hamidi tanpa segan silu berkempen dalam sana... Sedangkan semua tahu hampir 4000 (kalau tak silap) pengundi di Bagan Pinang adalah Undi POS...

Kesimpulannya.
Melalui huraian hujah-hujah diatas, dapatlah kita simpulkan UMNO sememangnya mengalami kepupusan akal dalam berbohong dan memutarbelitkan isu. Ini kerana apa sahaja yang mereka katakan, akhirnya UMNO terperangkap dengan takdir yang Allah swt rencanakan, seolah-olah ianya sebagai jawapan terhadap setiap penipuan dan kesombangan mereka. 
 
Oleh itu marilah kita sebagai umat Islam merenung perkara ini. Kerana manusia berpartikan UMNO itu boleh merancang segala tipudaya, sedangkan Mereka lupa rancangan Allah swt Maha hebat lagi percaturanNya. Kita akan melihat nanti bagaimanakah penipuan mereka seterusnya jika mereka mengalami kekalahan lagi di PRK Parlimen Hulu Selangor  yang akan datang.

Tukar kerajaan Cegah Anak Luar Nikah!!!!


Gejala buang bayi memang sudah lama berlaku. Sudah ratusan malah mungkin ribuan bayi yang tidak berdosa dibuang di merata tempat oleh manusia berhati iblis. Darjat manusia ini lebih teruk dari binatang kerana binatang pun tahu sayang kepada anaknya.
 
(22 Mac) media sekali lagi melaporkan kejadian buang bayi yang berlaku dalam semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu. Bayi ini masih hidup walaupun basah kuyup ditimpa hujan.
 
(21 Mac), media juga melaporkan bahawa terdapat 17,303 orang anak luar nikah didaftarkan pada tahun 2009.

Apa maknanya kedua-dua fakta di atas? Maknanya ialah gejala maksiat zina sudah menjadi perkara biasa di Malaysia. Kalau dikira purata anak luar nikah yang dilahirkan di Malaysia ialah 47 orang sehari, kira-kira dua orang setiap jam.


Saya lebih suka membicarakan punca kepada perkara sebelum kita berfikir tentang cara penyelesaiannya. Mengikut kaedah problem solving, sebelum kita membuat correctieve action atau langkah pembetulan kita mesti mencari punca-punca masalah ini.

Di bawah ini adalah punca-punca kepada gejala zina, buang bayi dan anak luar nikah:-


1) Tiadanya kesedaran agama di kalangan penzina kerana mereka sudah tidak takut kepada Allah sehingga sanggup melakukan dosa besar iaitu perzinaan. Mereka ini mungkin tidak mempunyai asas agama yang kuat.

2) Pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita disebabkan ibu bapa tidak melarang mereka, keluar rumah dan bergaul bebas, kawan-kawan dan masyarakat tidak memberi nasihat dan membiarkan maksiat terus berlaku.

3) Persekitaran yang sudah rosak dengan program-program maksiat/pergaulan bebas seperti konsert, kelab malam, dangdut, disko dan sebagainya. Selain itu gejala berdua-duaan ke sana ke mari sudah menjadi tidak salah di sisi masyarakat dan ibu bapa serta undang-undang.

4) Gejala meminum arak dan dadah di kalangan muda-mudi juga sudah menjadi perkara biasa dan bila kepala sudah khayal maka mudah maksiat berlaku.

5) Tiadanya undang-undang yang mampu mencegah perbuatan mungkar yang berlaku sekarang. Undang-undang yang ada sekarang adalah ciptaan manusia yang tidak mampu menggerunkan manusia. Sedangkan Allah sudahpun menurunkan undang-undang-Nya untuk mencegah perbuatan zina dan maksiat ini. Malangnya kerajaan yang ada sekarang terus berdegil tidak mahu melaksanakan hukum Allah ini.

6) Sistem pendidikan yang ada di negara kita sekarang gagal melahirkan pelajar yang beriman dan berakhlak kerana apa yang diutamakan ialah pencapaian akademik semata-mata sehingga mengabaikan kesedaran Islam dan kekuatan Iman di kalangan pelajar-pelajar. Sebab itulah generasi muda hari ini amat rapuh pegangan agamanya sehingga sanggup berzina dan bergaul bebas tanpa rasa berdosa.

7) Program mencegah kemungkaran dibuat sambil lewa sehingga membiarkan tempat-tempat hiburan, rumah pelacuran dan lain-lain dibiarkan beroperasi macam cendawan lepas hujan.

8) Banyak lagi punca-punca lain yang ada tetapi bagi saya fakta di atas adalah antara perkara asas yang menjadi penyebab kepada gejala ini.

Pagi tadi semasa saya mendengar siaran radio Ikim.FM saya mendapati 100% pendengar mahukan undang-undang Islam ditegakkan di Malaysia dan kata mereka itulah sahaja jalan penyelesaian yang mampu menyelesaikan masalah tersebut. Ini kerana menurut mereka hanya undang-undang Allah yang ada keberkatan dan pencegahan dari Allah sedangkan akal manusia tidak mampu untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah ini. Ada juga pendengar yang secara tegas menyatakan supaya ditukar kerajaan.

Di bawah ini saya cadangkan beberapa jalan penyelesaian kepada perkara ini.

1) Tukar kerajaan yang ada hari ini kerana dengan menukar kerajaan kepada kerajaan PR, insya Allah undang-undang Islam akan ditegakkan; sistem pendidikan akan diubah dengan menekankan ilmu Islam; program amar makruf dan nahi mungkar akan ditingkatkan; tempat-tempat maksiat ditutup, program-program maksiat dan pergaulan bebas dihentikan dan sebagainya.

2) Ibubapa mestilah menghadkan pergaulan anak-anak dengan tidak membenarkan mereka keluar malam dan tidak membenarkan anak-anak gadis keluar secara bersendirian bila-bila.

3) Dan lain-lain.

BAGI SAYA, SELAGI KERAJAAN BN MEMERINTAH SELAGI ITULAH MEREKA TIDAK AKAN MENEGAKKAN UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MEREKA HANYA MEMANDANG ISU INI SEBAGAI REMEH. DARI ITU, RAKYAT MESTI MENUKARKAN KERAJAAN YANG ADA PADA HARI INI IAITU KERAJAAN BN KEPADA KERAJAAN PR.

Sofi Wahab
http://mutaligat.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails