Sultan Kelantan Bersama Bapa Dan Ibu Elia Suliana
Isteri kedua Sultan Kelantan, Elia Suliana Ahmad, 31, hari ini menamakan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Hamid dan dua pengawal peribadinya sebagai menghina perintah Mahkamah Tinggi Syariah di sini kerana tidak membenarkannya melawat baginda yang sedang gering di Singapura.
Elia Suhana sebelum ini berjaya mendapat perintah mahkamah untuk membenarkan beliau melawat Sultan Ismail Petra di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Perintah itu dikeluarkan pada 4 Febuari lalu, membenarkan Elia Suhana melawat dan bersama Sultan Kelantan di hospital berkenaan bermula jam 7 pagi Sabtu hingga jam 7 pagi Isnin setiap minggu secara eksklusif tanpa gangguan pihak lain.
Perintah tegahan turut dikeluarkan terhadap Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid atau wakil-wakil baginda daripada mengganggu proses berkenaan dan waktu melawat ditentukan menerusi hak giliran.
Tengku Anis
Bagaimanapun, beliau tidak berjaya dalam percubaan melawat suaminya walaupun telah mendapat perintah mahkamah kerana dihalang oleh Tengku Anis dan dua orang pengawal peribadinya iaitu Mohamad Shahriman Zainal Abidin dan Zaiton Hussein Marican yang dinamakan sebagai responden dalam afidavitnya yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.
Peguam belanya, Fakhrul Azman Abu Hassan ketika ditemui di luar dewan Mahkamah Tinggi Syariah berkata, mereka juga telah berjaya mendapatkan perintah mahkamah bagi membolehkan polis membantu Elia Suhana menyerahkan perintah ini kepada ketiga-tiga orang responden tersebut.
Sultan Kelantan
Menurutnya, ketiga-tiga responden itu diarahkan hadir ke mahkamah pada 7 Mac depan untuk memberi sebab mengapa mereka menghalang arahan mahkamah dan alasan mengapa tindakan tidak patut diambil terhadap mereka.
“Mulai sekarang, Elia Suhana akan melawat Sultan Kelantan dengan diiringi polis kerana beliau ingin bertemu suaminya yang tidak ditemui sejak enam bulan lalu,” kata peguam itu lagi.
Tambah beliau, anak guamnya itu telah dihalang oleh tiga orang responden tersebut daripada menemui suaminya dan telah membiarkan Elia Suhana menunggu di lantai Hospital.
Fakrul Azman berkata, perintah mahkamah itu akan diserahkan kepada responden dengan bantuan polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan