Calon Pakatan Rakyat, Hulu Selangor , Datuk Zaid Ibrahim dilabelkan sebagai “manusia luar biasa” oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi beliau dengan cepat menjelaskan kepada hadirin bahawa dia juga adalah seorang daripada mereka.
Anwar mengumumkan perkara itu di hadapan 10,000 penyokong Pakatan Rakyat di Serendah, Hulu Selangor .
Pengumuman ini dibuat dua hari lebih awal dari BN, yang masih buntu mencari calon terbaik bagi meramapas Hulu selangor.
Menurut Anwar, Zaid adalah seorang pemimpin yang berprinsip - seseorang yang sanggup melepaskan jawatan menteri untuk mempertahankan perjuangannya.
Zaid adalah peguam yang pernah suatu ketika menguruskan firma undang-undang terbesar di negara ini sebelum berkhidmat sebagai ahli Parlimen Kota Bharu.
Pada 2008, beliau meletak jawatan sebagai menteri undang-undang dari kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai tanda bantahan kepada penahanan exco Selangor Teresa Kok, wartawan Cina dan seorang blogger mengikut ISA.
Zaid ketika naik ke pentas mengucapkan terima kasih kepada PKR kerana mencalonkannya walaupun dia masih baru bersama parti itu.
"Saya bukan orang luar. Saya telah lama menetap di Selangor dan saya tahu masalah di sini.
"Insya Allah, dengan bantuan semua, saya mampu menjadi suara anda,” kata Zahid.
"Saya kurang setuju...saya datang dari kawasan pengundi Melayu. Saya lebih Melayu daripada kebanyakan pemimpin Sabah. Saya faham perasaan dan kehendak rakyat,” katanya lagi.
Hampir semua pemimpin kanan Pakatan hadir pada majlis ini, termasuk presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan pemimpin lain seperti Syed Husin Ali, Tan Seng Giaw, Datin Seri Wan Azizah Ismail, N Gobalakrishnan, Datuk Seri Chua Jui Meng, Charles Santiago and S Manikavasagam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan