Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mahu polis Selangor memberi jaminan siasatan kes seorang remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak polis awal pagi semalam, dijalankan secara adil dan telus.
Sambil berharap polis tidak melakukan sebarang usaha untuk melindungi anggota polis, Khalid juga mahu jaminan sama diberi kepada seorang rakan mangsa yang menjadi saksi utama kejadian berkenaan.
Aminulrasyid Amzah ditembak mati oleh peronda polis kira-kira jam 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 Shah Alam, sekitar 100 meter dari rumah mangsa

Mangsa dikatakan sedang memandu Proton Iswara ketika kejadian lantaran polis mengesyaki Allayarham adalah kumpulan geng samun.
Berhubung kejadian itu Khalid pada sidang media berasa ecewa dengan kenyataan awal polis yang mendakwa remaja tersebut terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata.
Beliau juga meminta media arus perdana tidak memainkan sebarang spekulasi berhubung kematian Aminulrashid yang berat sebelah hingga meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga mangsa dan saksi kejadian
Khalid mengingatkan polis bahawa mereka tidak memiliki kuasa yang membenarkan mereka boleh menembak seseorang sesuka hati biarpun jika pemandu tidak mempunyai lesen kereta, kecuali keselamatan mereka terancam.
Beliau menegaskan polis harus mematuhi prosedur sebelum mengambil sebarang tindakan drastik yang mengancam nyawa orang awam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan