Tan Sri Ong Ka Ting memulakan kempen merebut semula jawatan presiden MCA dengan mengadakan wawancara dengan tiga media Cina milik jutawan Sarawak, Tan Sri Tiong Hiew King.
Wawancara yang dijalankan semalam itu diadakan dengan - Sin Chew Daily, China Press dan Nanyang Siang Pau - semuanya milik Media Chinese International Limited yang dimilik oleh jutawan kayu balak dan media itu.
Wawancara yang dijalankan semalam itu diadakan dengan - Sin Chew Daily, China Press dan Nanyang Siang Pau - semuanya milik Media Chinese International Limited yang dimilik oleh jutawan kayu balak dan media itu.
"Sesetengah orang bertanyakan saya mengapa saya masih sempat bersenam di sini? MCA hampir lingkup, mengapa anda tidak menyelamatkan MCA?”
Ka Ting berkata dia tergaman apabila diajukan soalan itu dan ia bermain di fikirannya sama ada dia perlu menjauhkan diri apabila partinya menghadapi krisis.
Setelah berfikir panjang, Ka Ting akhirnya bersetuju untuk kembali ke gelanggang politik tetapi cepat memberi ingatan bahawa jangan mengibarakan beliau sebagai 'dewa' yang boleh menyelamatkan parti itu dalam sekelip mata.
"Missi untuk menyelamat atau menyatukan parti bukannya terletak pada seseorang pemimpin. Ia perlu kerjasama daripada pemimpin semua peringkat.
'Tanding semula tindakan bahaya'
"Saya berharap pengalaman dan hasil saya menyatukan Pasukan A dan Pasukan B semasa tempoh lima tahun setengah yang lalu serta pengetahuan saya mengenai kontroversi yang melanda parti sekarang - saya berharap akan berjaya membawa pepaduan dan kestabilan kepada MCA.”Walaupun perlembagaan parti hanya membenarkan Ka Ting untuk mengetuai MCA tidak lebih daripada tiga tahun setengah, jika dilantik semula, beliau yakin mampu berbuat demikian dalam tempoh berkenaan.
Menurut Ka Ting, pemilihan pada 28 Mac kali ini adalah lebih mencabar berbanding pemilihan tahun 2005 - 18 bulan selepas beliau meletakkan jawatan kerana dia tidak lagi mempunyai kelebihan sebagai presiden dan juga kedudukan seorang menteri.
Menyifatkan hasratnya untuk kembali beraksi dalam arena politik sebagai tindakan yang berbahaya, Ka Ting berkata beliau sanggup berkorban dan berharap hampir 2,400 perwakilan yang akan mengundi akhir bulan ini akan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan