Rakyat mempunyai cara yang paling mudah bagi menghalang supaya rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan dilaksanakan selama-lamanya iaitu dengan tidak memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13)nanti.
Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab berkata, tindakan kerajaan untuk tidak meneruskan bacaan kedua pembentangan rang undang-undang GST apabila Parlimen bersidang hari ini dengan alasan memerlukan lebih banyak masa, membuktikan kegusaran kerajaan BN melaksanakan dasar yang mungkin menimbulkan kemarahan rakyat.
Katanya, menurut beberapa penganalis politik berdasarkan perkembangan itu, besar kemungkinan GST tidak akan diperkenalkan sehingga selepas PRU 13 nanti.
“Bagi saya mudah sahaja untuk kita menghalang supaya GST ini tidak akan dilaksanakan selama-lamanya iaitu jangan undi BN pada jangan undi BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
“Jika rakyat terus mengundi dan memilih BN dan BN menjadi kerajaan pusat selepas PRU 13 saya yakin GST ini kemungkinan besar akan digunapakai sebagaimana kehendak BN sebelum ini,” ujarnya.
Justeru, tambahnya rakyat mesti bijak membuat penilaian dan pemilihan kerana beliau yakin Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menguatkuasakan GST jika mereka diangkat menjadi kerajaan Pusat.
Ini, katanya terbukti apabila banyak program dan projek yang dijalankan oleh kerajaan negeri-negeri PR sekarang lebih mengutamakan kebajikan rakyat.
“Kepada rakyat saya harapkan mereka boleh berfikir dengan waras pada PRU 13 nanti. Mahu susah atau sebaliknya,” ujarnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan