Geng Aku

Isnin, 6 April 2009

DUN N29 Bukit Selambau : AMK bongkar 4,000 hantu, Wanita berjaya sedar 1,000 pengundi muda atas pagar

Monday, 6 April 2009 • Kategori: Berita Negeri, Berita Semasa, Berita Utama, Kedah, Nasional, Parlimen


SUNGAI PETANI, 6 April (SK): GERAK kerja dan strategi Pakatan Rakyat di Dun N29 Bukit Selambau telah dimulakan dengan pencarian pengundi Hantu ‘Ghost busters’ oleh Angkatan Muda KeADILan (AMK) dan Wanita bagi memastikan peningkatan peratusan pengundi atas pagar.


Ketua AMK Syamsul Iskandar Mohd Akin yang mengetuai gerak kerja hari ini melaporkan bahawa seramai 4,000 pengundi hantu telah dikenalpasti di kawasan Bukit Selambau.
Sebanyak lapan pasukan berkereta telah menjelajah keseluruh kawasan Bukit Selambau dengan hasil yang menakjubkan seperti mengenalpasti beberapa sebuah keluarga terdiri dari tiga anggota dalam satu alamat rumah yang layak mengundi tetapi di rekodkan seramai 20 orang.
“Bagi AMK, ini satu kejayaan bilamana pasukan kami dapat mengesan seramai 4,000 pengudi hantu disini,” jelas Syamsul kepada Suara Keadilan.

“Tindakan yang akan kami lakukan adalah memastikan perkara ini di semak dengan teliti semasa proses pengundian esok,” tambah Syamsul.


Hari ini, AMK akan mengerahkan petugas-petugas Pakatan Rakyat untuk membuang dan menarik turun banner-banner berunsur lucahmenghina Pakatan Rakyat.

“Gerak kerja hari ini diteruskan dengan membuang banner-banner sebegitu rupa serta risalah yang tidak mempunyai lambang yang disebarkan di serata teempat di Bukit Selambau,” kata Syamsul lagi.


Sementara itu, Ketua Wanita KeADILan Zuraidah Kamaruddin berkata bahawa wanita telah menganjurkan program ‘Pintar’ untuk menarik pengundi muda dan pengundi atas pagar dengan memberi penerangan terperinci tentang Pakatan Rakyat.

“Pihak wanita telah mengenalpasti seramai 1,000 pengundi atas pagar yang terdiri daripada pengundi muda Melayu di Batu Belacan, Sungai Petani,” jelas Zuraidah kepada Suara Keadilan.


Ceramah-ceramah yang diadakan di lima kawasan yang dikenalpasti mempunyai pengundi atas
pagar Melayu dan Siam iaitu di Tasik Apong, Bandar Baru, Bukit Lembu, Kuala Sin dan Laguna.

“Lima tempat yang dikenalpasti ini amat penting bagi wanita untuk memberi kesedaran kepada pengundi atas pagar dan pengundi muda untuk memihak kepada calon Pakatan Rakyat iaitu S Manikumar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails