Pakatan Rakyat tidak akan berganjak sehingga Kerajaan Pusat menyerahkan wang royalti minyak kepada rakyat Kelantan.
Ahli Parlimen Kuala Selangor Dzulkifli Ahmad berkata saranan membahaskan isu royalti minyak akan tetap diusulkan ke Dewan Rakyat walaupun ditolak berulang-kali oleh Speaker.
Beliau berkata demikian ketika dminta mengulas tindakan Speaker Datuk Seri Utama Pandikar Amin Mulia menolak usul Pakatan Rakyat membincangkan kemelut royalti di Dewan Rakyat hari ini.
“ Kami akan terus mengangkat isu ini kerana antara lain, yang pertamanya Tengku Razaleigh telah pun menyatakan pendirian beliau. Pendirian beliau adalah pendirian yang tidak berpihak kepada mana-mana kepentingan”.
Sementara itu Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar mencadangkan kerajaan mengadakan satu wacana bebas bagi membincangkan isu royalti ini.
“ Ini pun kalau kerajaan merasakan mereka mempunyai penghujahan yang cukup baik untuk mempertahankan apa yang meraka katakana Kelantan tidak layak mendapatkan royalti tersebut” katanya.
Pakatan Rakyat sebelum ini mencadangkan satu jawatankuasa khas diwujudkan untuk membincangkan mengenai tuntutan royalti minyak Kelantan dan mencadangkan mantan Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mengetuai kokus berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan