Geng Aku

Selasa, 1 Disember 2009

Piala Monsun Satu Pembaziran Oleh Kerajaan Negeri.




Terengganu, negeri yang kedua termiskin di Malaysia, selepas Sabah, menawarkan hadiah yang paling lumayan dalam edisi kelima Kejohanan Lumba Perahu Layar Piala Monsun.


http://buletinonline.net/images/stories/berita14/mcupmembazir.jpgSukan yang penuh kontroversi dan misteri itu akan berlangsung di Pulau Duyong di sini dari 1-6 Disember, menawarkan hadiah wang tertinggi dalam semua kejohanan dan sukan pelayaran di seluruh dunia dengan jumlah RM1. 57 juta (USD454, 000).

Peningkatan hadiah wang tunai tersebut dilaporkan kerana komitmen penaja utama dan kerajaan negeri Terengganu.


http://www.ecerdc.com/2008/bm/logo/monsoon-cup.jpg

Pemenang kejohanan tersebut akan meraih RM360, 000 (USD104, 000) sementara pasukan yang ditempatkan tercorot juga (tempat ke 12) masih boleh menerima RM50, 000 (USD14, 400).

Sementara itu, Pengarah Piala Monsun, Datuk Wan Hisham Wan Salleh berkata matlamat tersirat penganjuran piala monsoon tercapai.

Beliau dilaporkan berkata, walaupun 'kejayaan' yang dimaksudkan sukar diterjemah dalam bentuk data atau statistik, sejak ia dimulakan pada 2004, pelbagai sektor di negeri pantai timur itu menerima manfaatnya sama ada secara langsung atau tidak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails